Berita Viral
Peminta sedekah 'wheel chair' pukul cermin kereta kalau tak dapat duit di Sungai Petani
KUALA LUMPUR 26 OGOS - Tular video di media sosial seorang individu peminta sedekah berkerusi roda dilihat cuba memecahkan kenderaan kereta jika pemandu enggan memberikan duit di Sungai Petani baru-baru ini.
Insiden itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain apabila peminta sedekah itu mengambil sebatang besi lalu memukul cermin kereta terlibat.
"Ramai-ramai tolong kongsi, kalau terjumpa orang ini (peminta sedekah) kena hati-hati, duduk atas kerusi roda dia minta duit. Orang tak bagi terus nak pecahkan cermin kereta. Kawan dah kena tadi."
Melihat video itu, rata-rata orang ramai mempersoalkan sama ada individu itu warga asing atau rakyat tempatan.
"Ini type R (Rohingya) atau M (Melayu)?" soal seorang pengguna.
Manakala pengguna lain pula berkongsi pengalaman terserempak dengan individu berkerusi roda tersebut.
"Hampir setiap petang jumpa sebab balik kerja lalu jalan itu, selalunya saya akan tundak bila nampak dia nak datang, buat-buat main telefon. Setakat ini alhamdulillah tak pernah kena apa-apa," kongsi pengguna lain.
"Alamak baru pagi ini nampak dekat tengah jalan masa nak pergi kerja, dia duduk tengah jalan. Kereta lain semua perlahan sebab dia," ujar seorang lagi pengguna.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 10:10 am
'Dekat Malaysia mana guna Maling', warga Indonesia perlekeh Bahasa Melayu dikecam ramai
August 25, 2026, 5:48 pm
Pengunjung terpaksa lalu trek ‘roller coaster’ lepas tersangkut?
August 25, 2026, 3:18 pm
Sulong cedera gagah jalan dari Gerik hasrat pulang ke habitat di Gua Musang
August 25, 2026, 1:05 pm
Kelibat warga asing 'boti' Rohingya kini berleluasa di Pandan Jaya?
August 24, 2026, 4:00 pm
Motosikal bapa, anak 'terbalik' lepas pintu kereta dibuka warga asing di Ampang
August 24, 2026, 12:25 pm
Warga Indonesia 'try hard' cakap KL kantoi dengan kawan sendiri
August 24, 2026, 11:22 am
Pelajar sekolah lagak 'samseng', buka baju tak hirau arahan cikgu dalam kelas
August 24, 2026, 9:34 am
