Berita Viral
Keluarga lipas dalam bekas makanan di restoran BBQ Korea MyTown
KUALA LUMPUR 26 OGOS - Seorang pelanggan menanggung detik-detik trauma apabila menemui beberapa ekor lipas merayap di dalam bekas daging mentah ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran terkenal di pusat beli-belah MyTOWN, di sini.
Kejadian yang berlaku itu tular selepas mangsa berkongsi rakaman video pendek menerusi media sosial yang memaparkan beberapa ekor serangga perosak berkenaan berada di tepi bahagian dalam 'tray' makanan yang mengandungi daging.
Menurut pemilik video berkenaan, individu tersebut meluahkan rasa jijik dan terkejut apabila hajatnya untuk menikmati hidangan terganggu akibat tahap kebersihan premis yang meragukan.
Dalam pada itu, susulan penularan insiden tersebut, pihak pengurusan MyTOWN memaklumkan bahawa tindakan pantas telah pun diambil bagi menangani isu berkenaan.
Pihak MyTOWN menegaskan bahawa mereka memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan di semua premis perniagaan di dalam pusat beli-belah itu.
Sejurus menerima laporan, pasukan operasi MyTOWN telah hadir ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan segera bersama pihak penyewa premis dan tindakan susulan kini sedang diambil.
Pihak pengurusan turut memberi jaminan akan terus memantau perkara itu secara teliti bagi memastikan standard kebersihan sentiasa dipatuhi demi keselesaan serta keselamatan semua pengunjung.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 6:06 pm
Anak-anak tempatan dipukul Rohingya sebab tak dapat 'conquer' padang
August 26, 2026, 3:00 pm
Gaduh tepi lorong rumah, pemandu Triton cuba langgar geng motosikal di Kota Tinggi?
August 26, 2026, 10:10 am
'Dekat Malaysia mana guna Maling', warga Indonesia perlekeh Bahasa Melayu dikecam ramai
August 26, 2026, 8:52 am
Peminta sedekah 'wheel chair' pukul cermin kereta kalau tak dapat duit di Sungai Petani
August 25, 2026, 5:48 pm
Pengunjung terpaksa lalu trek ‘roller coaster’ lepas tersangkut?
August 25, 2026, 3:18 pm
Sulong cedera gagah jalan dari Gerik hasrat pulang ke habitat di Gua Musang
August 25, 2026, 1:05 pm
Kelibat warga asing 'boti' Rohingya kini berleluasa di Pandan Jaya?
August 24, 2026, 4:00 pm
