TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Anak-anak tempatan dipukul Rohingya sebab tak dapat 'conquer' padang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 OGOS - Sekumpulan kanak-kanak meluahkan rasa kesal selepas dibuli oleh warga Rohingya kerana dipercayai tidak berpuas hati tidak dapat bermain di padang.

Menerusi program 999, seorang wartawan mendekati beberapa kanak-kanak tempatan yang sedang bermain di padang untuk mengetahui keadaan semasa dihadapi mereka.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu meluahkan berasa takut dengan etnik Rohingya kerana pernah ditarik baju dan dibaling batu.

"Dia tarik saya, dia marah, dia baling batu kena kepala," luah kanak-kanak itu.

Melihat klip video itu, rata-rata orang ramai mahu pihak berkuasa bertegas dalam menangani isu Rohingya yang dah semakin melampau di saban hari.

"Anak-anak Roro (Rohingya) masa kecil dah buat ganas dekat anak-anak Malaysia. Siap halau anak-anak tempatan, dah besar 'confirm' rampas Malaysia jadi negara dia," ujar seorang pengguna.

"Lambat betul pihak berkuasa ini buat kerja, pergi hantar semua keluar dari Malaysia lah," kata pengguna lain.

"Kalau jadi dekat anak aku, satu keturunan aku pergi cari," luah pengguna lain.

 

+ - reset