TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing carutkan orang Malaysia sebab minta lesen bawa motosikal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 OGOS - Tular di media sosial seorang individu menghamburkan kata-kata kesat kepada beberapa warga tempatan selepas meminta lesen motosikal daripada warga asing.

Tindakan itu dilakukan selepas dia melihat video warga tempatan meminta warga asing membuktikan dokumen kebenaran untuk menunggang motosikal dalam negara ini.

Malah dia turut menyuruh warga tempatan mencari kerja daripada mengganggu warga asing yang berada dalam negara ini.

Video yang dimuatnaik olehnya itu mendapat kecaman ramai sambil dia mencabar agar mencarinya jika tidak berpuas hati.

"Sudah berapa kali cakap dekat flat Setapak Danau Kota."

Tindakannya dianggap biadap oleh warga tempatan bagai "mencampak bara dalam api" dalam isu warga asing yang kini saban hari menjadi bualan orang ramai.

+ - reset