TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga emas jadi mangsa kemalangan penunggang motosikal bawa 'motor' tiada lesen di Semenyih

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 OGOS - Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas menjadi mangsa kemalangan akibat tindakan tidak bertanggungjawab seorang penunggang motosikal yang didakwa memandu tanpa lesen serta mencelah di jalan raya secara berbahaya. 
Kejadian yang berlaku di laluan Semenyih itu dirakam pengguna jalan raya lain dan tular di media sosial.

Menerusi rakaman yang dikongsi, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan penunggang berkenaan yang mencelah di antara kenderaan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki warga emas berkenaan. 

Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serta pendarahan di bahagian kaki akibat terjatuh ke atas jalan raya.

Orang ramai dan penunggang lain yang berada di tempat kejadian kelihatan berhenti di bahu jalan untuk bersemuka dengan penunggang terbabit. 

Penunggang yang didakwa tiada lesen memandu itu turut dilihat ditanya oleh pengguna jalan raya berkenaan berhubung tindakan tidak berhati-hatinya yang memudaratkan keselamatan orang lain.

Pengguna jalan raya yang merakam insiden tersebut menyeru agar semua penunggang motosikal sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak mengambil risiko mencelah di celah kenderaan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

+ - reset