Berita Viral
'Rumah ini malam Jumaat ramai tapi..', lelaki kongsi rasa seram dengar orang zikir di Ampang
AMPANG 28 OGOS - Tular dalam media sosial perkongsian seorang lelaki apabila berhadapan pengalaman seram ketika sedang melalui sebuah lorong perumahan di kawasan Ampang.
Menurut pengguna @_hnfij, dia melalui kawasan lorong itu selepas makan dan secara tiba-tiba terdengar suara sekumpulan lelaki dipercayai sedang berzikir.
Dia turut meninggalkan persoalan kepada warga Ampang sama ada ambil maklum akan aktiviti yang dilakukan pemilik rumah tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai menyatakan perkara itu sudah saban tahun berlaku dan menjadi kebiasaan penduduk di kawasan sekitar.
"Tapi benda ini dah biasakan? Aku rasa dari aku sekolah lagi ada benda ini dekat rumah itu," dakwa seorang pengguna.
"Saya duduk kawasan itu dan benda ini malam Jumaat sahaja memang dengar dan semua orang dah terbiasa dengan benda ini, takut," kata pengguna lain.
"Setiap kali balik rumah Khamis malam Jumaat rumah ini mesti 'ramai orang' tapi tak ada kereta 'parking' dekat depan rumah itu," luah seorang lagi pengguna.
Seorang pengguna, @hjismailharon, pula menjelaskan ia merupakan amalan zikir sejak 50 tahun lalu.
"Amalan zikrullah Tariqat Tasawwuf dekat rumah itu dah lebih 50 tahun sejak 1970an. Bagi penduduk sekampung dah biasa kecuali bagi mereka yang baharu dan penyewa. JAIS pernah datang ziarah dan meninjau awal 2000. Jadi tiada isu," katanya.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 7:01 pm
'Ini bukan Malaysia', warga asing perli boleh berniaga sesuka hati di Sepanyol
August 28, 2026, 5:28 pm
Ramai lari ketakutan, laungan 'Allah' perlahankan air deras di Nepal
August 27, 2026, 8:32 pm
Warga emas jadi mangsa kemalangan penunggang motosikal bawa 'motor' tiada lesen di Semenyih
August 27, 2026, 2:11 pm
Warga asing carutkan orang Malaysia sebab minta lesen bawa motosikal
August 26, 2026, 6:06 pm
Anak-anak tempatan dipukul Rohingya sebab tak dapat 'conquer' padang
August 26, 2026, 4:57 pm
Keluarga lipas dalam bekas makanan di restoran BBQ Korea MyTown
August 26, 2026, 3:00 pm
Gaduh tepi lorong rumah, pemandu Triton cuba langgar geng motosikal di Kota Tinggi?
August 26, 2026, 10:10 am
'Dekat Malaysia mana guna Maling', warga Indonesia perlekeh Bahasa Melayu dikecam ramai
August 26, 2026, 8:52 am
