TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Ini bukan Malaysia', warga asing perli boleh berniaga sesuka hati di Sepanyol

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 OGOS - Satu video tular di media sosial menampilkan gelagat seorang pekerja warga asing di sebuah kedai perkhidmatan dan basikal di Sepanyol yang berseloroh mengenai kebebasan bekerja di negara berkenaan.

Dalam video berdurasi 40 saat, lelaki berkenaan kelihatan terkejut sambil berseloroh apabila rakannya menjerit bahawa pihak imigresen sedang membuat pemeriksaan. 

Bagaimanapun, dia tersenyum selepas menyedari ia sekadar gurauan.

Lelaki itu kemudian berseloroh dengan menjelaskan situasi perniagaan dan pekerjaan di negara tersebut yang disifatkannya lebih bertolak ansur berbanding pengalaman atau persepsi mengenai penguatkuasaan di Malaysia.

"Mana boleh (takut), sini bukan Malaysia. Sini Sepanyol," katanya sambil bersandar di kerusi kaunter.

Beliau turut menambah bahawa sebagai warga asing, dia masih boleh menjaga kaunter dan menguruskan premis tanpa sebarang masalah besar atau tekanan penguatkuasaan.

"Tak payah takut, saya orang asing tapi boleh jaga kaunter, kerja sini tak ada masalah pun. Sini Malaysia pun (orang) ada buka kedai, tak payah ambil orang tempatan sini," katanya berseloroh sambil menyifatkan masyarakat tempatan di kawasan itu sangat baik.

Perkongsian video berkenaan mencuri tumpuan warganet yang rata-ratanya mengecam tindakannya sambil mengingatkan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang.

 

+ - reset