TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tak tahu apa punca, lelaki pukul ustaz ketika beri kuliah subuh di Sungai Petani

By
|
Kongsi
image

SUNGAI PETANI 29 Ogos – Seorang lelaki yang disyaki memukul seorang tenaga pengajar ketika kuliah Subuh sedang berlangsung di sebuah masjid di Tikam Batu, di sini, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki warga tempatan terbabit mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 7.10 pagi dan tangkapan telah kita buat kira-kira jam 1 tengah hari tadi (Sabtu).

“Penahanan dibuat kerana disyaki mempunyai kaitan seperti dalam video yang tular,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu, video berdurasi 55 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memasuki masjid sebelum meluru ke bahagian hadapan dan memukul kepala tenaga pengajar ketika jemaah sedang khusyuk mengikuti kuliah Subuh.

Tindakan lelaki terbabit mengejutkan jemaah yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum suspek dilihat berjalan keluar dari masjid selepas melakukan perbuatan tersebut.

+ - reset