Berita Politik
Takiyuddin beri bayangan BERSATU mungkin dikeluarkan daripada PN
KOTA BHARU, 1 September – Perikatan Nasional (PN) bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat selepas selesai Muktamar PAS bagi membincangkan pelbagai isu berbangkit, termasuk keahlian serta kedudukan parti BERSATU dalam gabungan tersebut.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, isu berkenaan wajar dibincangkan berikutan tindakan dan sikap BERSATU yang dilihat seolah-olah tidak lagi berhasrat untuk bersama dengan PN.
Beliau mempertikaikan tindakan BERSATU yang didakwa bertindak menentang semangat gabungan apabila menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, meskipun dari sudut politik masih belum mengundurkan diri secara rasmi.
Menurut Takiyuddin, BERSATU bukanlah parti pengasas PN dan tiada halangan bagi gabungan tersebut untuk mengambil tindakan mengeluarkan parti berkenaan mengikut peruntukan yang wujud.
Beliau turut menegaskan bahawa Perlembagaan PN membenarkan mana-mana parti ahli digantung atau dipecat sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian oleh kepimpinan gabungan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
