TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Bas ekspres terhuyung-hayang sebelum terbabas di lebuh raya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER — Sebuah bas ekspres bertindak membahayakan pengguna jalan raya lain apabila dilihat dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum terbabit dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Tapah.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh frdauszy, bas ekspres berwarna putih dan kuning itu dilihat mula hilang kawalan serta ke kiri dan kanan lorong ketika berada di lebuh raya. 

Tindakan pemandu bas berkenaan yang terus memandu dalam keadaan tidak stabil itu menimbulkan kebimbangan kepada kenderaan lain yang berada di belakangnya.

Suasana bertambah cemas apabila bas berkenaan akhirnya terbabas dan merempuh pembatas jalan besi di bahu lebuh raya. 
Rakaman seterusnya menunjukkan keadaan bas itu tersangkut pada pembatas jalan dengan kerosakan pada bahagian tepi kenderaan.

Kejadian yang berlaku sebelum susur keluar tol Tapah itu telah menarik perhatian ramai pengguna lebuh raya yang melalui kawasan berkenaan. 

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai punca sebenar kemalangan serta status kecederaan pemandu mahupun penumpang masih belum dapat dipastikan.

+ - reset