Berita Sukan
Piala FA: Kelantan City kejutkan Negeri Sembilan
KOTA BHARU 3 SEPTEMBER - Pasukan kerdil Liga A1, Kelantan City, mencipta kejutan besar selepas menundukkan kelab Liga Super, Negeri Sembilan, 2-0 dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Aksi berprestij itu menyaksikan tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan kemas Ahmad Nazri Muhamad.
Jaringan berpunca daripada hantaran lintang Mohamad Faris Shah Mohd Rosli dari sebelah kiri gawang pelawat terus menyemarakkan sorakan penyokong tempatan.
Meskipun tersentak dan cuba bangkit mengatur serangan, Negeri Sembilan terus dihimpit tekanan apabila Kelantan City tampil menguasai keseluruhan saingan pada babak pertama.
Bagaimanapun, kehangatan perlawanan sedikit terjejas akibat hujan lebat pada minit ke-28 yang menyukarkan pergerakan pemain di atas padang yang basah dan licin.
Kelantan City hampir menggandakan kelebihan seminit kemudian, namun percubaan jarak jauh Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali sekadar tersasar di tepi tiang gol.
Dominasi tuan rumah akhirnya dimuktamadkan pada minit ke-83 menerusi pemain gantian, Emmanuel Ikechukwu Uzochukwu.
Beliau tenang melorongkan bola ke dalam jaring selepas menang situasi satu lawan satu menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Azri Ab Ghani.
Kemenangan selesa dua gol tanpa balas ini menjadi bekal berharga buat skuad 'underdog' Kelantan City menjelang aksi timbal balik yang bakal berlangsung di Paroi, Negeri Sembilan kelak.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
