Berita Sukan
Piala FA: Kedah FA, Star City hitung nasib di Kangar
ALOR SETAR 3 SEPTEMBER — Persaingan sengit saingan pertama Pusingan 16 Piala FA menyaksikan Kedah FA dan Star City FC terpaksa akur berkongsi mata selepas terikat 2-2 di Stadium Darul Aman.
Keputusan itu memaksa kedua-dua pasukan yang masih memburu kemenangan pertama musim ini menangguhkan hasrat mereka sehingga perlawanan timbal balik di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 8 September depan.
Aksi babak pertama menyaksikan Star City FC memulakan asakan awal menerusi tandukan penyerang import mereka, Ramon Machado, namun berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah, V Rajendran.
Kedah FA tidak berdiam diri dan melancarkan beberapa serangan balas berbahaya menerusi percubaan Daniel Tarmizi, Anthony Artur, serta Rahmat Makasuf, walaupun gandingan serangan itu pada mulanya gagal menemui sasaran.
Sorakan 1,261 penonton tuan rumah akhirnya bergema pada minit ke-40 apabila Kedah FA membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Anthony Artur.
Hadiah penalti itu diperoleh selepas pemain import berkenaan dijatuhkan dalam kawasan larangan, sekali gus meletakkan skuad tuan rumah mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, skuad The Northern Stars menggandakan tekanan untuk mencari gol penyamaan menerusi percubaan Douglas Oliveira dan tandukan Rafael Vitor.
Usaha berterusan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-78 apabila Douglas berjaya menyumbat masuk gol penyamaan untuk memecahkan kebuntuan pasukannya.
Star City FC terus mengejutkan kem tuan rumah apabila Pedro Henrique menambah gol kedua pada minit ke-86 untuk meletakkan pelawat di hadapan.
Bagaimanapun, Kedah FA bangkit pada minit-minit akhir perlawanan menerusi jaringan Zhafir Yusoff yang menyempurnakan hantaran Afeeq Ikmal, sekali gus mengikat kedudukan 2-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
