Berita Berita
Lelaki miliki 13 rekod jenayah ditahan polis berhubung kes seluk saku dan minta 'duit kopi'
MELAKA, 3 September – Pihak polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai melakukan jenayah seluk saku sebelum meminta RM200 sebagai 'duit kopi' daripada mangsa selepas berpura-pura membantu mencari telefon bimbit berkenaan di Kampung Morten.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas memaklumkan bahawa penahanan suspek dibuat susulan laporan daripada seorang wanita berusia 20-an yang dikesan menerusi hantaran video tular di platform media sosial Threads.
Semakan pihak berkuasa mendapati suspek yang juga positif ujian saringan air kencing itu mempunyai 13 rekod kesalahan lampau yang merangkumi satu kes jenayah serta 12 kes berkaitan penyalahgunaan dadah.
Suspek kini direman selama tiga hari sehingga 5 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan, sementara pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengambil keterangan saksi di lokasi kejadian.
Halim turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sah berhubung insiden berkenaan bagi memberikan ruang kepada pihak polis melengkapkan siasatan secara menyeluruh.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 4:28 pm
CurePhysio PJ buka slot pemeriksaan tulang belakang percuma untuk B40 pada 13 September ini
September 3, 2026, 2:42 pm
Keningau dilanda gempa bumi lemah, MetMalaysia terima 463 laporan gegaran
September 3, 2026, 2:25 pm
Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar utama elak kontroversi berulang
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
