Berita Berita
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
SHAH ALAM 3 Sept - Hasrat membawa bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) ke muka pengadilan hari ini tidak kesampaian apabila beliau tidak hadir ke Mahkamah Sesyen di sini kerana sedang menerima rawatan berkaitan jantung di Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaysia (UMSC).
Bekas pegawai kanan TH itu sebelum ini dijadualkan didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Ketidakhadirannya dimaklumkan peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin ketika prosiding di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Isteri bekas pegawai kanan TH itu yang hadir di mahkamah turut mengesahkan perkara berkenaan.
“Suami mengadu alami sakit dada pada hujung minggu lalu. Akibat tidak tahan, dia ke UMSC untuk menjalani rawatan sakit itu. Dia telah menjalani beberapa siri ujian ECG (ujian elektrokardiogram). Pada hari ini, suami akan menjalani ujian ,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin menerima sebab ketidakhadiran bekas pegawai tertinggi TH itu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menetapkan keputusan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 September ini bagi sebutan semula kes bagi melihat sama ada tertuduh dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan yang bakal dikenakan terhadapnya.
Sementara itu, Wan Azwan Aiman ketika ditemui selepas prosiding memaklumkan, anak guamnya akan berdepan tiga pertuduhan menerima suapan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan tujuh individu terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM pada 14 Ogos lalu bagi membantu siasatan berkaitan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 11:55 am
Guru mengaku tidak bersalah 'sentuh' dua murid lelaki di luar dewan makan, bilik warden
September 3, 2026, 11:12 am
Akmal Saleh, delegasi Pemuda UMNO hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu
September 3, 2026, 11:04 am
