Berita Berita
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
KOTA BHARU 3 Sept - Kehadiran Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad ke Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS hari ini dilihat sebagai langkah awal ke arah pengukuhan kerjasama dan penyatuan antara kedua-dua parti.
Turut hadir Timbalannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, ahli jawatankuasa serta wakil Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Almidi Jaafar.
Muktamar pergerakan itu dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dusuki berkata beliau bersyukur menerima jemputan daripada Dewan Ulama PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan.
Menurutnya, kehadiran itu boleh menjadi permulaan baik kepada usaha mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, khususnya dalam usaha menyatukan umat Islam.
"Bagi saya, ia satu permulaan baik kepada pengukuhan dan kerjasama dalam menghadapi akan datang. Pada waktu ini penyatuan yang berlangsung amat sesuai kerana sudah terlalu lama kita berkelahi dan berselisih pendapat.
"Selama ini kita hanya berunding dan berunding, muafakat dan muafakat dan kerjasama dalam bentuk itu sahaja. Kita berharap akan datang kerjasama itu dimeterai bukan untuk kepentingan UMNO dan PAS, sebaliknya umat Islam.
"Saya merasakan ijtihad kita buat hari ini adalah amat baik sekali," katanya.
Kehadiran pimpinan Majlis Ulama UMNO ke Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS itu dilihat membuka ruang kepada usaha memperkukuh kerjasama dan penyatuan antara kedua-dua parti pada masa akan datang.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:42 pm
Keningau dilanda gempa bumi lemah, MetMalaysia terima 463 laporan gegaran
September 3, 2026, 2:38 pm
Lelaki miliki 13 rekod jenayah ditahan polis berhubung kes seluk saku dan minta 'duit kopi'
September 3, 2026, 2:25 pm
Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar utama elak kontroversi berulang
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
