Berita Berita
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
BANGI 3 Sept - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Rashid Hussin menafikan dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad bahawa beliau tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.
Sebaliknya, Rashid berkata, suruhanjaya berkenaan sudah menyerahkan sapina kepada Madinah bagi membolehkannya hadir memberikan keterangan kepada panel siasatan.
Menurut beliau, Madinah bagaimanapun memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan ketika itu, Mona Othman, namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi.
“Mengikut prosiding RCI, siasatan dijalankan secara individu. Namun pada 2 Jun 2022, Puan Mona hadir dan memberikan penjelasan kepada kami, selain menyerahkan laporan penuh.
“Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan kontroversi ini, tetapi saya merasakan penjelasan perlu diberikan.
“Untuk rekod, Tan Sri telah diserahkan sapina. Jadi, apa yang diperkatakan beliau adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas Dialog Ummah: Realiti Masa Depan TH di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Madinah dilaporkan terkilan kerana tidak dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.
Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019 mendakwa sudah berada di pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika prosiding RCI TH berlangsung, namun namanya tidak dipanggil untuk memberi keterangan.
Mengulas lanjut, Rashid berkata, Madinah sebenarnya telah diberikan ruang yang mencukupi untuk mengemukakan keterangan kepada suruhanjaya tersebut.
Menurutnya, RCI turut memberi peluang kepada Madinah untuk mengemukakan jawapan bertulis terhadap 75 soalan yang dikemukakan oleh suruhanjaya berkenaan.
“Jawapan tersebut direkodkan sebagai kenyataan saksi dan beliau menyerahkannya dalam bentuk akuan berkanun pada 1 April 2022,” katanya.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:42 pm
Keningau dilanda gempa bumi lemah, MetMalaysia terima 463 laporan gegaran
September 3, 2026, 2:38 pm
Lelaki miliki 13 rekod jenayah ditahan polis berhubung kes seluk saku dan minta 'duit kopi'
September 3, 2026, 2:25 pm
Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar utama elak kontroversi berulang
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
