Berita Berita
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
KOTA BHARU 3 Sept - PAS tidak menunggu saat akhir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sebaliknya mengakui parti itu sudah bersiap sedia sekiranya Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sudah biasa berdepan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih awal atau lewat daripada tempoh ditetapkan.
“Terpulang pada kerajaan, kita (Pas) ikut sahaja. Parti sentiasa bersiap sedia termasuk dari segi persiapan calon bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini hari ini.
Media sebelum itu melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian bahawa adalah lebih baik PRU16 diadakan lebih awal iaitu sebelum menghampiri tempoh penggal Parlimen yang sepatutnya berakhir pada hujung tahun depan.
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah sedemikian akan membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan dapat diperoleh kembali daripada rakyat.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:42 pm
Keningau dilanda gempa bumi lemah, MetMalaysia terima 463 laporan gegaran
September 3, 2026, 2:38 pm
Lelaki miliki 13 rekod jenayah ditahan polis berhubung kes seluk saku dan minta 'duit kopi'
September 3, 2026, 2:25 pm
Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar utama elak kontroversi berulang
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
