Berita Sukan
KL City bangkit teruskan derita Kelantan di Liga Super
KOTA BHARU 5 SEPTEMBER - Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya mengatasi tuan rumah Kelantan Red Warrior (KRW) dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
Tuan rumah memulakan perlawanan dengan lebih agresif apabila Emmanuel Mbarga mengancam gawang lawan seawal minit ke-30 menerusi percubaan dari sebelah kanan, namun bola terkena kaki pemain pertahanan KL City sebelum berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi.
Tidak lama selepas itu, Mbarga sekali lagi cuba menggugat pertahanan KL City dengan tendangan dari luar kotak penalti hasil hantaran Mohd Faiz Mohd Nasir, namun sekali lagi berjaya disekat oleh Ameerul.
Usaha KRW akhirnya membuahkan hasil pada penghujung babak pertama apabila Musa Philip Dandada memanfaatkan kekeliruan pertahanan lawan dalam kotak penalti untuk mencatat gol pada minit ke-44, meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.
Selepas rehat, pasukan kendalian Datuk Dollah Salleh bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi gol cantik hasil sepakan gunting Adam Nor Azlin.
Momentum berpihak kepada KL City apabila tiga minit selepas itu, Paulo Josue berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, membolehkan pasukan pelawat mendahului 2-1.
KRW cuba membalas dengan peluang jarak jauh menerusi Muhaimin Izzudin Muhammad Asri pada minit ke-68, tetapi percubaannya melepasi gawang.
Kegagalan itu memberi ruang kepada Paulo Josue untuk sekali lagi tampil sebagai penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol keduanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-81, sekali gus memastikan KL City FC pulang membawa tiga mata penuh selepas menang 3-1 di halaman lawan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
