Berita Sukan
Bergson terus meledak, JDT catat 4 kemenangan Liga Super
ISKANDAR PUTERI 5 SEPTEMBER — Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan aksi konsisten di persada Liga Super selepas menumbangkan DPMM FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Kemenangan keempat berturut-turut itu sekali gus mengukuhkan kedudukan skuad Harimau Selatan di puncak liga.
Penyerang berbisa, Bergson da Silva, menjadi bintang tumpuan apabila meledak dua gol awal buat tuan rumah. Jaringan pertamanya hadir pada minit ke-36 selepas disahkan menerusi semakan Video Bantuan Pengadil (VAR), sebelum dia menambah duka pelawat empat minit kemudian menerusi rembatan kencang hasil umpanan Arif Aiman Hanapi.
Bergson hampir mencatat hatrik sebelum rehat, namun jaringannya dibatalkan VAR akibat kedudukan ofsaid Jonathan Silva.
Dominasi anak buah Xisco Munoz berterusan pada babak kedua sehingga Stoichkov melengkapkan malam gemilang JDT dengan rembatan leret dari luar kotak penalti pada minit ke-77.
Biarpun DPMM FC memperoleh peluang keemasan menerusi percubaan Miguel Oliveira, pelawat gagal menemui sasaran, sekali gus mengesahkan tiga mata mutlak milik Harimau Selatan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
