Berita Politik
Agihan kerusi BN-PN wajar diputuskan pemimpin tertinggi – Johari Ghani
KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER - Rundingan mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) wajar diserahkan kepada pemimpin tertinggi kedua-dua gabungan itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi juga masih terlalu awal untuk diputuskan secara terburu-buru memandangkan PRU-16 masih belum hampir.
“Kalau mereka nak bergabung, itu biarlah presiden kedua-dua parti bincanglah.
“Kalau saya masuk campur, susah. Jangan merumitkan keadaan.
Lambat lagi pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Chinatown 1974 di Petaling Street, di sini, hari ini.
Tambah beliau, setiap parti mempunyai hak untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.
Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Pusat ke-72 di Kota Bharu, memaklumkan partinya akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU-15.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
