Berita Sukan
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
KOTA KINABALU 6 SEPTEMBER - Kuching City berjaya menundukkan Sabah dengan keputusan 0-2 dalam aksi Liga Super sekali gus menamatkan rentetan kemenangan The Rhinos pada Sabtu.
Sabah membariskan Juan Flere di benteng terakhir dan Dominic Tan mengetuai kesebelasan utama manakala Darren Lok mengemudi jentera serangan.
Sementara itu, pasukan Kuching City menurunkan Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah menjadi ayam tambatan skuad tersebut.
Kedua-dua kelab dilihat melancarkan beberapa serangan awal ke arah kubu lawan masing-masing namun tidak menemui jaring.
Ajdin Mujagic berjaya membuka tirai jaringan menerusi satu ledakan cantik sekali gus menggamatkan ribuan penyokong di Likas.
Penyerang sensasi Bosnia itu terus menambah gol kedua aksi pada minit ke-21 serentak memberikan kegembiraan kepada kem pasukan beliau.
Sabah dilihat kekal berdisiplin menjaga gawang meskipun terus ditekan oleh pemain-pemain Kuching City.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-2 memihak The Cats.
Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah, Sabah terus mengasak kubu Kuching City bagi mencari gol penyamaan.
Kuching City tampak kekal menguasai perlawanan di awal separuh masa kedua dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang The Rhinos.
Memasuki minit ke-70 kedudukan kekal didahului oleh pasukan The Cats walaupun beraksi di hadapan penyokong lawan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 0-2 memihak kepada pasukan pelawat, Kuching City.
Selepas ini, Kuching City bakal menentang Kelantan RW bagi aksi kedua pusingan 16 Piala FA musim ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 8 September.
Sementara itu, Sang Badak bakal meneruskan aksi dalam saingan Piala FA dengan menentang Selangor bagi perlawanan kedua pusingan 16 musim ini di halaman lawan pada 9 September ini.
Berita berkaitan
September 6, 2026, 9:36 am
Terengganu, Penang buntu tanpa gol, kebangkitan dramatik Akhyar selamatkan Negeri Sembilan
September 5, 2026, 7:47 am
Bergson terus meledak, JDT catat 4 kemenangan Liga Super
September 5, 2026, 7:39 am
KL City bangkit teruskan derita Kelantan di Liga Super
September 3, 2026, 10:23 am
Piala FA: Kedah FA, Star City hitung nasib di Kangar
September 3, 2026, 10:15 am
Piala FA: Kelantan City kejutkan Negeri Sembilan
September 3, 2026, 10:09 am
Piala FA: Sabah, Selangor sama kuat
September 2, 2026, 11:41 am
Piala FA: JDT benam UM Damansara, Kelantan ikat Kuching City
September 2, 2026, 8:47 am
Lionel Messi umum bersara secara rasmi daripada skuad kebangsaan Argentina
September 1, 2026, 10:56 am
