Berita Sukan
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
PETALING JAYA 7 SEPTEMBER - Kad merah, kelebihan 2-0 terpadam dan sepakan penalti mengenai palang gol menghiasi aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Nasib seolah-olah tidak lagi menjurus kepada Selangor lagi, namun jaringan masa kecederaan daripada Jefferson Tabinas menjamin kemenangan 3-2 buat anak buah Kim Pan-gon itu ke atas Melaka, semalam.
Keceriaan jaringan awal yang disumbangkan oleh Chrigor Moraes hanya bertahan beberapa ketika sahaja apabila tersentak dengan kad merah yang dikutip Kay Tejan sebelum separuh masa pertama berakhir.
Bagaimanapun, Gergasi Merah terus mencengkam permainan dengan gol kedua menerusi larian kencang dan penyudah klinikal Moraes.
Selepas itu, Melaka yang baru mencatatkan satu kemenangan bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi rembatan padu luar kotak penalti oleh Shahir Rashid sebelum gawang mereka dirobek pula oleh menerusi jaringan pemain import, Do Dong-hyeon, pada mint ke-75.
Tatkala Moraes berpeluang untuk mencetak hatrik dan menjadi wira kemenangan pasukannya, sepakan penalti kencangnya sekadar menggegar palang.
Mujur rakan sepasukan Tabinas menjadi watak kemenangan ketika mengambil kesempatan ke atas situasi kelam kabut di depan pintu gol Melaka yang dikawal, Khairul Fahmi Che Mat, sekali gus mengekalkan rentak 100 peratus dalam tiga kemenangan.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
