TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

17 pesakit cemas siling Wad Kanak-Kanak dan Wanita Hospital Jengka terbakar

By
|
Kongsi
image

MARAN, 10 September — Seramai 17 pesakit di Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita Hospital Jengka melalui detik cemas selepas bahagian siling bangunan wad berkenaan mengalami kebakaran dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tindakan pantas memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai memaklumkan bahawa api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Kesemua pesakit yang terjejas merangkumi enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan serta enam wanita berjaya dievakuasi dan dipindahkan ke kawasan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada atas siling bangunan wad kanak-kanak dan wad wanita, mengakibatkan kira-kira 10 peratus kerosakan pada siling serta pendawaian bangunan," katanya.

Punca sebenar insiden serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

+ - reset