Berita Viral
Tular rakaman lori langgar gerai nasi lemak 'femes' tepi jalan di Kajang
KAJANG 11 SEPTEMBER – Tular satu rakaman video kamera pemuka (dashcam) memaparkan insiden sebuah lori melanggar dan merosakkan peralatan perniagaan di sebuah gerai nasi lemak tepi jalan di kawasan sekitar Kajang.
Kejadian berlaku apabila lori terbabit dilihat menghimpit kawasan bahu jalan berhampiran deretan premis kedai sebelum merempuh gerai berkenaan.
Impak pergerakan lori itu turut menyebabkannya terseret serta merosakkan kon keselamatan yang diletakkan peniaga bagi menandakan kawasan jualan mereka.
Sejurus selepas kejadian berlaku, pemandu lori menghentikan kenderaan selepas ditahan beberapa individu dipercayai peniaga terbabit.
Kelakuan kedua-dua individu berkenaan yang kelihatan berbincang dan memantau keadaan di lokasi kejadian berjaya dirakam sepenuhnya oleh pengguna jalan raya lain yang berada di belakang kenderaan tersebut.
Rata-rata pengguna mengecam kecuaian pemandu lori yang dipandu rapat di tepi jalan, manakala sesetengah pengguna turut menyuarakan kebimbangan mengenai aspek keselamatan gerai perniagaan yang beroperasi terlalu hampir dengan laluan kenderaan berat.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 6:40 pm
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
September 11, 2026, 5:08 pm
Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak
September 11, 2026, 4:15 pm
'Ingat pergi tukar cash', warga Indonesia lari dari bayar duit tambang e-hailing
September 11, 2026, 12:41 pm
'Sempat jeling sebelum blah', lelaki warga emas ambil kek depan penjual di Pasar Seni
September 11, 2026, 10:58 am
Detik-detik sebelum helikopter BO-105 berlepas sebelum terhempas di Sarawak
September 10, 2026, 5:50 pm
Warga asing lari tak cukup tanah elak ditahan imigresen, netizen persoal tahap 'fit' penguatkuasa
September 10, 2026, 4:41 pm
Aksi budak main mercun hala ke arah orang buat netizen marah sikap cuai ibu bapa
September 10, 2026, 12:51 pm
Tular lori Tiong Nam pandu laju dalam ribut di Senawang
September 10, 2026, 11:21 am
