Berita Viral
'Tak sihat lepas suami tiada', wanita sedih tengok warga emas bertelekung baring tepi jalan
KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER - Seorang wanita berdepan detik mengejutkan apabila terjumpa warga emas lengkap bertelekung terbaring di tepi jalan sebelum mengetahui punca kejadian itu daripada masalah kesihatan selepas trauma kehilangan suami.
Menerusi perkongsian Puterinadeera di media sosial, dia pada mulanya menyangka wanita warga emas itu terjatuh atau sudah meninggal dunia.
Namun, mengikut maklumat diperoleh daripada jiran sekeliling, wanita itu dipercayai mengalami gangguan kesihatan sejak kematian suaminya dan kerap berbaring di bahu jalan untuk menarik perhatian orang ramai.
Tambah Puterinadeera, jiran setempat pernah menasihatinya agar mengelak daripada mendekati warga emas itu bagi mengelakkan sebarang masalah.
Bagaimanapun, dia tetap bimbang untuk mengabaikan keadaan itu memandangkan warga emas berkenaan di tepi jalan berisiko tinggi untuk dilanggar oleh kenderaan lalu-lalang.
Sambil meluahkan rasa kasihan dan simpati terhadap nasib serta dugaan hidup yang dialami oleh wanita tua tersebut, dia turut mendoakan agar warga emas berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberikan kesembuhan.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 5:50 pm
Warga asing lari tak cukup tanah elak ditahan imigresen, netizen persoal tahap 'fit' penguatkuasa
September 10, 2026, 4:41 pm
Aksi budak main mercun hala ke arah orang buat netizen marah sikap cuai ibu bapa
September 10, 2026, 12:51 pm
Tular lori Tiong Nam pandu laju dalam ribut di Senawang
September 9, 2026, 9:56 pm
Warga emas, anak OKU kena langgar motosikal masa lintas jalan
September 9, 2026, 6:16 pm
Warga asing ugut, calarkan kereta rakyat tempatan berhampiran TRX
September 9, 2026, 1:50 pm
‘Rumah dia yang ada setan’, wanita marah dituduh buat bising, pintu rumah ditendang jiran
September 9, 2026, 10:54 am
'Cucu derhaka', lelaki baling makanan masakan nenek dikecam ramai
September 9, 2026, 9:35 am
Mabuk kacau rakyat tempatan, warga asing kena denda 'ketuk ketampi'
September 8, 2026, 3:06 pm
