TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 SEPTEMBER - Suasana hiba dan gempar menyelubungi kawasan berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak baru-baru ini. 

Ini apabila sebuah helikopter yang membawa pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dilaporkan terhempas dan terbakar sepenuhnya pada Selasa lalu.

Insiden tragis berkenaan telah mengorbankan lima individu yang berada di dalam pesawat tersebut, termasuk juruterbang serta barisan petugas kesihatan yang sedang menjalankan misi perkhidmatan awam.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sebelum kejadian, helikopter jenis BO-105 bernombor pendaftaran 9M-LLF berwarna kuning itu dilihat mengalami masalah teknikal pada bahagian pintu kanan pesawat. 

Juruterbang dan petugas dilihat cuba memasang dan menutup pintu gelongsor helikopter berkenaan yang didapati telah tercabut dari landasannya.

Namun begitu, helikopter berkenaan tetap meneruskan penerbangan sebelum tragedi terhempas itu berlaku tidak lama kemudian.

+ - reset