Berita Viral
'Ingat pergi tukar cash', warga Indonesia lari dari bayar duit tambang e-hailing
KUALA LUMPUR 11 SEPTEMBER – Tular di media sosial rakaman papan pemuka (dashcam) memperlihatkan seorang pemandu perkhidmatan e-hailing yang menjadi mangsa muslihat penumpangnya sendiri.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, penumpang itu dilihat bertindak melarikan diri selepas tiba di destinasi tanpa membayar tambang perjalanan.
Berdasarkan perkongsian oleh Aztxzhfr, penumpang berkenaan berpura-pura keluar daripada kenderaan untuk menukar wang tunai bagi membayar tambang bernilai RM5.
Namun, kegembiraan pemandu itu menunggu pembayarannya bertukar kecewa apabila penumpang terbabit tidak muncul-muncul semula sehingga dia menyedari dirinya telah ditipu.
"Nina Sonia, konoha. Ingat pergi tukar cash, sekali blah tak muncul-muncul. Tambang kau RM5 je bangkek," katanya menerusi hantaran yang turut memetik akaun rasmi Grab Malaysia.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab penumpang berkenaan, selain bersimpati dengan nasib pemandu e-hailing yang terpaksa menanggung kerugian walaupun jumlahnya kecil.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 6:40 pm
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
September 11, 2026, 5:08 pm
Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak
September 11, 2026, 12:41 pm
'Sempat jeling sebelum blah', lelaki warga emas ambil kek depan penjual di Pasar Seni
September 11, 2026, 12:23 pm
Tular rakaman lori langgar gerai nasi lemak 'femes' tepi jalan di Kajang
September 11, 2026, 10:58 am
Detik-detik sebelum helikopter BO-105 berlepas sebelum terhempas di Sarawak
September 10, 2026, 5:50 pm
Warga asing lari tak cukup tanah elak ditahan imigresen, netizen persoal tahap 'fit' penguatkuasa
September 10, 2026, 4:41 pm
Aksi budak main mercun hala ke arah orang buat netizen marah sikap cuai ibu bapa
September 10, 2026, 12:51 pm
Tular lori Tiong Nam pandu laju dalam ribut di Senawang
September 10, 2026, 11:21 am
