TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Aksi budak main mercun hala ke arah orang buat netizen marah sikap cuai ibu bapa

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER - Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan empat tahun yang bermain mercun dan menghalakannya ke arah orang sekeliling mencetuskan kemarahan netizen selepas rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 33 saat dimuat naik oleh pengguna media sosial, kanak-kanak itu dilihat memegang mercun yang sedang menyala di sebuah kawasan perumahan. 

Tanpa pengawasan daripada individu dewasa, dia bukan sahaja membakar bahan letupan berkenaan, malah bertindak berani menembak dan menghalakan percikan api tersebut secara terus ke arah orang sekeliling serta kenderaan yang berada berhampiran.

Aksi berbahaya itu menyebabkan beberapa individu di lokasi kejadian terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kejadian tidak diingini. 
Rakaman tersebut yang kini meraih puluhan ribu tontonan rata-rata menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan itu amat membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

Majoriti netizen mengkritik sikap acuh tak acuh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan yang membiarkan budak seawal usia itu bermain bahan terlarang tanpa pemantauan. 

Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan dan polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab bagi memberi pengajaran agar insiden berisiko seperti itu tidak berulang.

Mana-mana individu yang bermain atau menjual mercun secara haram sehingga membahayakan keselamatan orang awam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

 

+ - reset