TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Sempat jeling sebelum blah', lelaki warga emas ambil kek depan penjual di Pasar Seni

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 11 SEPTEMBER – Satu rakaman litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki warga emas dengan santai mengambil sebekas kek dari meja jualan di Pasar Seni.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 12 saat itu, penjual sempat melayan pertanyaan pelanggan warga emas itu sebelum dia terus menghulurkan tangan dan mengambil satu bekas kek yang diletakkan di atas meja.

Apa yang menarik perhatian netizen, individu warga emas itu sempat menjeling ke arah penjual bagi memastikan tindakannya tidak disedari sebelum terus berlalu pergi begitu sahaja. 

Ketika kejadian, penjual kek itu tidak mampu bergerak dan berkata-kata selepas insiden tersebut berlaku betul-betul dihadapannya.

+ - reset