Berita Viral
'Dia sentuh tangan dan punggung saya', lelaki dipercayai kena raba dengan lelaki dalam LRT
KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER - Seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual selepas disentuh pada bahagian tangan dan punggung oleh seorang individu tidak dikenali ketika menaiki perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT USJ 7, baru-baru ini.
Kejadian itu dikongsi oleh mangsa menerusi media sosial, @your_boi_binson yang turut memuat naik rakaman video konfrontasi beliau bersama individu berkenaan di dalam tren.
Menurut mangsa, insiden berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang berjalan masuk ke dalam tren LRT berkenaan sebelum diraba pada bahagian tangan dan punggung oleh suspek.
Terkejut dengan tindakan biadab itu, mangsa terus menegur dan bersemuka dengan suspek, namun lelaki berkenaan bertindak menafikan tuduhan tersebut serta enggan mengaku perbuatannya.
Menerusi rakaman video tular itu, suspek kelihatan berdegil dan memberikan pelbagai alasan walaupun mangsa berkali-kali bertanyakan sebab dia bertindak sedemikian.
Mangsa turut ingatkan orang ramai, sama ada lelaki mahupun wanita, supaya sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling apabila menggunakan perkhidmatan awam.
Pengguna pengangkutan awam yang terserempak dengan individu mencurigakan atau mengalami situasi berisiko dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri serta segera melaporkan kejadian kepada petugas stesen atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 12:35 pm
Warga asing buat bising, minum arak di tempat beriadah keluarga di Serendah
September 11, 2026, 7:57 pm
Detik cemas treler muatan konkrit hilang kawalan di Johor
September 11, 2026, 6:40 pm
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
September 11, 2026, 5:08 pm
Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak
September 11, 2026, 4:15 pm
'Ingat pergi tukar cash', warga Indonesia lari dari bayar duit tambang e-hailing
September 11, 2026, 12:41 pm
'Sempat jeling sebelum blah', lelaki warga emas ambil kek depan penjual di Pasar Seni
September 11, 2026, 12:23 pm
Tular rakaman lori langgar gerai nasi lemak 'femes' tepi jalan di Kajang
September 11, 2026, 10:58 am
Detik-detik sebelum helikopter BO-105 berlepas sebelum terhempas di Sarawak
September 10, 2026, 5:50 pm
