TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing buat bising, minum arak di tempat beriadah keluarga di Serendah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER - Tindakan sekumpulan warga asing yang didakwa menggunakan kawasan perkelahan awam untuk berparti sambil mengambil minuman keras mencetuskan kemarahan orang ramai dan pengunjung di Air Terjun Serendah baru-baru ini.

Kejadian itu mula tular di media sosial selepas seorang pengunjung dikenali sebagai Tehhyusni berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika meluangkan masa berkelah bersama keluarga di kawasan itu.

Menurut perkongsian tersebut, sekumpulan warga asing dilihat berkumpul sambil meminum minuman beralkohol serta menari mengikut rentak muzik yang dipasang dengan sangat kuat.

"Hari ini saya satu keluarga pergi mandi di area Air Terjun Serendah. Video ini korang rasa ini budaya Malaysia ke?

"Dengan tempat mandi-manda boleh minum 'beer' dan menari dengan lagu... tiada hormat langsung pengunjung di sini," luahnya menerusi hantaran tersebut.

Tindakan kumpulan individu terbabit disifatkan sebagai kurang sopan dan tidak sensitif, memandangkan kawasan air terjun berkenaan merupakan kawasan tumpuan keluarga dan kanak-kanak untuk beriadah pada hujung minggu.

Rata-rata warga netizen turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak polis untuk meningkatkan pemantauan dan tindakan tegas terhadap salah guna kemudahan awam oleh warga asing.

 

+ - reset