TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Cucu saya tak sihat', nenek lelaki campak mi goreng dah maafkan cucu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 SEPTEMBER - Isu tular melibatkan seorang pemuda, Afif Qayyum, yang sebelum ini mengundang kemarahan netizen selepas bertindak melempar mi goreng dimasak neneknya ke lantai kini memasuki episod baharu apabila warga emas berkenaan tampil mengesahkan sudah memaafkan tindakan cucunya itu.

Tindakan biadab Afif sebelum ini mencetuskan kontroversi mendalam hingga menyebabkan beliau diberhentikan kerja serta-merta selepas majikannya enggan menanggung malu susulan penularan rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran video terbaharu dimuat naik oleh Afif di media sosial, kedengaran suara neneknya memohon agar netizen tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan serta berhenti melemparkan kecaman.

"Siapa yang dok kata cucu aku tuang mi goreng buang atas lantai tu... tahu tak cucu aku dia tak sihat? Aku maaf dah dia, kenapa kisah sangat? Aku maafkan dah dia di dunia sampai akhirat," kata warga emas itu meredakan keadaan.

Sambil menjaga privasi neneknya dengan tidak merakam wajah warga emas tersebut, Afif turut memohon warganet agar menghormati permintaan ahli keluarganya dan berhenti menularkan semula rakaman-rakaman lama.

Afif turut meluahkan rasa terkilan terhadap kewujudan akaun palsu yang menyebarkan semula video biadabnya serta video permohonan maafnya terdahulu.

Jelasnya, tindakan tegas telah diambil dengan melaporkan akaun-akaun palsu terbabit kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta bersedia membuat laporan polis jika gangguan sedemikian berterusan.

+ - reset