Berita Viral
Gelandangan wanita stres, kejar lelaki sebelum nyanyi lagu Mixue
KUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai gelandangan bertindak agresif mengejar seorang lelaki di sebuah jambatan penyeberangan pejalan kaki di kawasan Johor Bahru.
Menerusi perkongsian video daripada @fvrizuvnrazali117, kejadian bermula apabila gelandangan wanita itu dilihat memegang sekeping kotak.
Bagaimanapun, situasi bertukar cemas apabila wanita itu secara tiba-tiba melempar kotak berkenaan dan mula mengejar pemilik video sebelum lelaki itu menyanyikan lagu tema kedai pencuci mulut popular, Mixue.
Pemilik video berkenaan turut menjelaskan keadaan sebenar di ruangan komen bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
Beliau mendakwa wanita berkenaan kurang sihat dan sememangnya sering mengganggu orang ramai di sekitar perhentian bas berdekatan.
Katanya, beliau hanya lalu di belakang wanita itu dan bukannya membuat sebarang provokasi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wanita tersebut sememangnya sangat terkenal di kawasan sekitar Toppen, Johor Bahru kerana sering dilihat berkeliaran di situ.
Pengguna akaun @mhbudiman6368 sempat berseloroh mendakwa sesiapa yang lalu di jambatan berkenaan perlu membayar 'tol' kepadanya dan wanita itu marah kerana lelaki berkenaan enggan berbuat demikian.
Sementara itu, pengguna lain dikenali sebagai @dewiratnaaa._ turut berkongsi pengalaman berdepan dengan wanita yang sama baru-baru ini.
Menurutnya, wanita itu pernah mengamuk di tepi jalan sambil membawa baldi dan bertindak menyimbah air ke arahnya ketika dia sedang menunggang motosikal untuk menuju ke tempat kerja.
Selain itu, pengguna akaun @muhdcahyani juga berkongsi video yang memaparkan dirinya pernah dijerit oleh gelandangan wanita yang sama di kawasan bawah laluan bertingkat pada waktu malam.
Ekoran insiden yang meresahkan orang ramai mendesak pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk turun padang membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan status kewarganegaraan serta tindakan susulan terhadap wanita berkenaan.
Berita berkaitan
September 16, 2026, 2:10 pm
Lelaki prihatin marah 4 budak main dalam longkang elak tragedi maut kembali
September 15, 2026, 7:28 pm
'Cucu saya tak sihat', nenek lelaki campak mi goreng dah maafkan cucu
September 15, 2026, 6:07 pm
Warga asing kritik pengurusan penerbangan di KLIA
September 15, 2026, 4:54 pm
'Bukan sekali dua', netizen periksa latar belakang pemilik Tesla pandu secara bahaya, tunjuk jari tengah
September 15, 2026, 3:38 pm
Tular isu pertahankan tanah adat, penduduk Orang Asli dipercayai ditahan polis
September 15, 2026, 11:13 am
Tular persembahan Barongan Reog Ponorogo di Titiwangsa, netizen perdebat tentang budaya Malaysia
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 5:16 pm
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
September 14, 2026, 2:58 pm
