TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Segamat jadi tumpuan Sabtu ini, Kementerian Perpaduan anjur pelbagai aktiviti buat seluruh rakyat

By
|
Kongsi
image

 

SEGAMAT 17 Sept - Penduduk Segamat dan kawasan sekitarnya berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan menerusi program Tekad Komuniti, Semarak Perpaduan 2026 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Program yang dijadualkan pada 19 September itu akan berlangsung bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang di Dataran Taman Yayasan, Segamat, Johor.

Kementerian Perpaduan menerusi kenyataan memaklumkan, program berkenaan diadakan bagi menyemarakkan semangat perpaduan, mengeratkan hubungan antara komuniti serta memperkukuh usaha bersama dalam pembinaan negara bangsa.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Larian Sihat, pertandingan mewarna keluarga, busana pantun, cerita rakyat, tulisan khat dan pertandingan mengeja Bahasa Inggeris.

Pengunjung turut berpeluang menyertai pertandingan gubahan bunga liar, masak lemak ikan baung, pidato spontan serta deklamasi sajak.

Selain aktiviti pertandingan, program berkenaan turut menampilkan ceramah berkaitan penipuan atau scam dalam talian sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah berkenaan.

Pameran daripada pelbagai agensi dan gerai jualan juga akan dibuka kepada pengunjung sepanjang program berlangsung, selain cabutan bertuah yang turut disediakan.

Majlis perasmian program berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi.

Orang ramai khususnya penduduk Segamat dan kawasan sekitar dijemput hadir bersama keluarga serta sahabat bagi memeriahkan program berkenaan.

Program itu turut membawa aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh perpaduan serta hubungan masyarakat menerusi penglibatan komuniti.

 

+ - reset