Berita Berita
Anggota tentera mengaku tidak bersalah sepak anak perempuan 5 tahun dalam kedai makan di Kelantan
KOTA BHARU 17 Sept - Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menganiaya anak bongsu perempuannya yang berusia lima tahun dengan menyepaknya di sebuah kedai makan, Jumaat lalu.
Tertuduh berusia 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Ablah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dengan menyepak mangsa di sebuah kedai makan di Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 10.55 malam, Jumaat lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.
Terdahulu, Syazalia tidak menawarkan jaminan memandangkan mangsa adalah anak kandung tertuduh dan kes dianggap serius.
Zuhaidie Akmal pula memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya seorang anggota tentera yang perlu menyara tiga anak serta isteri yang menghidap penyakit kanser dan buah pinggang kronik.
Katanya, anak guamnya juga tidak mempunyai sebarang rekod dan bukan seorang pendera terhadap keluarga sebelum ini.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua bulan, menyerahkan pasport dan tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.
Mahkamah turut menetapkan 22 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
September 18, 2026, 5:56 pm
DAP panggil mesyuarat tergempar CEC tentukan pendirian isu tahanan rumah Najib
September 18, 2026, 5:52 pm
PAS lafaz syukur, junjung kasih atas pengampunan bersyarat Najib Razak
September 18, 2026, 5:47 pm
Ahmad Zahid harap keputusan pengampunan Najib beri momentum kepada UMNO pada PRN Melaka
September 18, 2026, 5:43 pm
Tabung sumbangan RM50 juta inisiatif UMNO bukan permintaan Najib - Ahmad Maslan
September 18, 2026, 5:43 pm
‘Sejuta ahli UMNO derma RM50 seorang, cukuplah RM50 juta untuk Najib’ – Puad
September 18, 2026, 5:39 pm
KTMB gantung tugas pekerja kontraktor susulan insiden pergaduhan di Stesen Labu
September 18, 2026, 5:09 pm
‘Penjara beberapa tahun sudah lebih daripada cukup’ – MIC, MCA hargai pengampunan Najib
September 18, 2026, 3:53 pm
Pengampunan Najib: 'Perang rasuah tetap diteruskan' - Anwar
September 18, 2026, 3:02 pm
