Berita Berita
Seramai 55,169 penjawat awam berisiko tinggi alami masalah kesihatan mental
KUALA LUMPUR, 21 September – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesan seramai 55,169 penjawat awam berada pada tahap risiko tinggi berdepan masalah kesihatan mental, sekali gus mendorong agensi terbabit mengambil langkah drastik memperkasakan sokongan psikologi di seluruh sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mendedahkan bahawa angka berkenaan diperolehi menerusi Sistem Profil Kesihatan Psikologi Digital yang turut merangkumi kumpulan penjawat awam yang dikesan berisiko melakukan tindakan meragut nyawa sendiri.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Mohd Bakhari Ismail bersempena dengan Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam 2026 yang berlangsung di ibu negara pada Isnin.
Sebagai langkah intervensi menyeluruh, JPA kini dalam proses merangka garis panduan kesihatan mental khas buat perkhidmatan awam di samping merancang pengenalan Indeks Kebahagiaan bagi menilai serta mengukur tahap kesejahteraan emosi warga kerja sektor awam secara berstruktur.
Wan Ahmad Dahlan menegaskan bahawa pelaburan terhadap pemantauan dan peningkatan kesejahteraan psikologi perlu dilihat sebagai strategi penting demi memastikan penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negara kekal cekap, responsif, serta berdaya tahan.
Beliau menambah bahawa penyediaan sokongan psikologi tidak semestinya melibatkan kos kewangan yang tinggi, sebaliknya boleh dilaksanakan menerusi pendekatan praktikal berskala impak tinggi serta kerjasama strategik antara agensi.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ketua jabatan agar mewujudkan sistem sokongan berkesan di pejabat masing-masing serta menegaskan bahawa pelaburan terhadap kesihatan mental penjawat awam secara langsung akan membuahkan hasil positif kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi memperkasakan skim berkenaan, JPA sedang mengkaji penyesuaian Skim Perkhidmatan Psikologi agar kekal relevan di samping memantapkan Program Swadaya untuk meningkatkan bilangan Pegawai Psikologi berprestasi tinggi yang memiliki kelayakan ijazah.
Bagi mana-mana individu atau penjawat awam yang berdepan tekanan emosi, mereka diseru memanfaatkan talian bantuan sokongan seperti Talian Kasih di 15999, Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental di 03-29359935, serta Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 3:37 pm
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
September 21, 2026, 2:54 pm
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
Jabatan Penjara sangkal dakwaan Yasin wujud sistem kasta dan pengaruh kewangan dalam penjara
September 21, 2026, 2:25 pm
Banjir di Janda Baik, 105 mangsa dipindahkan ke PPS
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
Konvoi motosikal laju punca kemalangan maut tiga nyawa di Ipoh, polis sahkan lokasi hotspot lumba haram
September 21, 2026, 12:29 pm
