Berita Berita
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
SEREMBAN 21 Sept – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa, meskipun pelantikan mereka diumumkan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ismail berkata, kerajaan negeri juga tidak perlu mengemukakan senarai pelantikan Exco baharu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif serta kedudukan anggota Exco.
Menurut beliau, Perkara 40(1) UUTKNS 1959 menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak atas nasihat Menteri Besar dan MMKN dalam melaksanakan fungsi pentadbiran negeri.
Katanya, kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Besar seperti diperuntukkan menerusi Perkara 40(2) pula hanya terpakai bagi perkara yang dinyatakan secara bertulis dan tidak memberikan kuasa untuk memberhentikan atau menamatkan tempoh perkhidmatan Exco secara bersendirian.
“Secara asasnya, sistem pentadbiran Negeri Sembilan ditegakkan atas prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
“Berdasarkan Bahagian Kedua UUTKNS 1959, kuasa Kedaulatan Raja dalam hal pentadbiran negeri hendaklah dijalankan atas nasihat Menteri Besar dan MMKN.
“Kuasa Raja untuk memperkenankan tempoh perjawatan seseorang Exco di bawah Perkara 38(5) tidak boleh dibaca secara berasingan, sebaliknya perlu dibaca bersama Perkara 38(4) dan Perkara 40(1),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, dari sudut perundangan, sebarang tindakan untuk memberhentikan atau menamatkan keahlian seseorang Exco tanpa nasihat atau permintaan Menteri Besar merupakan satu kekhilafan dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.
“Menteri Besar tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana Exco Kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) UUTKNS.
“Dengan itu, tidak ada keperluan mengemukakan senarai Exco yang baharu kerana Exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa,” jelasnya.
Beliau turut menegaskan kerajaan negeri akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan bagi memastikan kelangsungan pentadbiran serta mandat rakyat dipelihara berdasarkan undang-undang yang sah.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dilaporkan membatalkan pelantikan kesemua 10 Exco terbabit berkuat kuasa serta-merta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali lewat malam tadi, keputusan berkenaan dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 3:37 pm
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
Jabatan Penjara sangkal dakwaan Yasin wujud sistem kasta dan pengaruh kewangan dalam penjara
September 21, 2026, 2:25 pm
Banjir di Janda Baik, 105 mangsa dipindahkan ke PPS
September 21, 2026, 2:18 pm
Seramai 55,169 penjawat awam berisiko tinggi alami masalah kesihatan mental
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
Konvoi motosikal laju punca kemalangan maut tiga nyawa di Ipoh, polis sahkan lokasi hotspot lumba haram
September 21, 2026, 12:29 pm
