Berita Berita
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
KOTA BHARU 21 Sept – Datuk Seri Najib Razak masih belum dapat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah selepas denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat terhadapnya belum dilangsaikan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat semalam, keluarga bekas Perdana Menteri itu masih belum membuat pembayaran berkenaan.
Menurutnya, bayaran denda tersebut perlu dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes berkenaan bermula dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.
“Setakat ini (semalam), keluarga Datuk Seri Najib belum membayar denda. Bayaran perlu dilangsaikan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kes bermula dan dibicarakan di sana.
“Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Datuk Seri Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa,” katanya.
Mengulas mengenai kriteria penetapan jumlah denda itu, Mohd Dusuki berkata, ia tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
“Jabatan Penjara akan memperinci segala syarat tahanan dikeluarkan ke atas Datuk Seri Najib,” katanya.
Jumaat lalu, Seri Paduka berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Najib sedang menjalani hukuman bagi penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, manakala kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 2:54 pm
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
Jabatan Penjara sangkal dakwaan Yasin wujud sistem kasta dan pengaruh kewangan dalam penjara
September 21, 2026, 2:25 pm
Banjir di Janda Baik, 105 mangsa dipindahkan ke PPS
September 21, 2026, 2:18 pm
Seramai 55,169 penjawat awam berisiko tinggi alami masalah kesihatan mental
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
Konvoi motosikal laju punca kemalangan maut tiga nyawa di Ipoh, polis sahkan lokasi hotspot lumba haram
September 21, 2026, 12:29 pm
