Berita Viral
Tular 'jogging' bawa anjing, Radzi Jidin dah maklum pada PPj untuk tindakan
PUTRAJAYA 22 SEPTEMBER – Isu kehadiran beberapa individu yang berjoging sambil membawa anjing di kawasan jalan utama dan dataran berhampiran pusat pentadbiran kerajaan di sini menarik perhatian ramai selepas satu klip video mengenainya tular di media sosial baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial adieya_kamal16 itu memaparkan rakaman dari sebuah kenderaan yang menunjukkan beberapa individu sedang berjoging pada waktu malam di kawasan terbuka berkenaan bersama haiwan peliharaan mereka.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin, yang tampil memberi respons menerusi ruang komen muat naik berkenaan bagi menenangkan keresahan penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan sekitar.
Radzi mengesahkan bahawa pihak beliau telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sudah memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan bagi tindakan lanjut.
"Saya telah maklumkan perkara ini kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan," katanya ringkas menerusi ruangan komen bagi mengulas hantaran yang tular itu.
Mengikut peraturan sedia ada, Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing yang menetapkan bahawa mana-mana anjing peliharaan mestilah berlesen, diikat dengan tali, serta tidak boleh dibawa secara bebas ke tempat awam atau kawasan tumpuan ramai.
Langkah berkenaan penting bagi memastikan keselamatan, kebersihan, serta keselesaan pengunjung dan orang ramai yang menggunakan kemudahan awam di sekitar pusat pentadbiran berkenaan.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 3:42 pm
Wanita syukur dapat video kemalangan ahli keluarga di Penchala Link
September 22, 2026, 1:28 pm
Lelaki warga asing jadi prebet sapu, 'roadtax' kereta tamat sejak 2024
September 22, 2026, 11:49 am
Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
Aktivis kena marah lepas dedah warga asing sambut majlis kahwin guna BMW
September 21, 2026, 1:23 pm
Bapa buntu cari RM70,000 dalam masa 10 hari demi selesaikan kes 'maid' aniaya anak
September 21, 2026, 9:54 am
'Bila nak selesai masalah' - Netizen persoal kereta peronda 'escort' pencuri kabel di kawasan rumah
September 20, 2026, 9:51 am
