TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gangguan sistem brek tren di Stesen Masjid Jamek punca perkhidmatan LRT Kelana Jaya terganggu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 24 Sept. – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami kelewatan berikutan kerosakan teknikal yang melibatkan gangguan pada sistem brek sebuah tren berhampiran Stesen Masjid Jamek hari ini.

Pengendali perkhidmatan rel berkenaan, Rapid KL menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa tindakan serta-merta telah diambil dengan mengendalikan tren terjejas secara manual di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Pasar Seni.

Langkah pemanduan secara manual berkenaan terpaksa dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang serta membolehkan tren dialihkan dari laluan utama dengan selamat.

Ekoran gangguan teknikal berkenaan, Rapid KL memaklumkan bahawa pergerakan tren-tren lain di sepanjang laluan terbabit dijangka bergerak lebih perlahan daripada biasa.

Pihak pengendali turut menambah bahawa tren-tren di stesen lain akan berhenti bagi tempoh masa yang lebih lama di platform bagi mengawal selia selang masa pergerakan (headway).

+ - reset