Berita Viral
Berniaga makanan dalam tong sampah, taktik baharu warga asing elak dikesan pihak berkuasa
BALAKONG 25 SEPTEMBER – Kelicikan sekumpulan warga asing menjalankan perniagaan secara haram di sekitar kawasan Balakong kini semakin menjadi-jadi apabila mereka dikesan menggunakan taktik baharu dengan menjadikan tong sampah sebagai ‘kaunter’ jualan.
Taktik licik itu pusingan baharu bagi mereka untuk mengaburkan mata pihak berkuasa tempatan dan polis yang kerap melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Menerusi satu perkongsian tular di media sosial oleh Izniyani, perbuatan itu dilakukan bagi memudahkan mereka menyembunyikan barangan jualan seperti sirih ke dalam tong sampah hijau sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Menurut Izniyani, kehadiran warga asing yang terlalu ramai di kawasan itu membuatkan persekitaran Balakong seolah-olah hilang identiti tempatan hingga mewujudkan suasana tidak tumpah seperti berada di negara luar.
"Sebagai penduduk Balakong, warga asing dekat sini memang berlambak dan seolah-olah tidak makan saman. Walaupun polis sentiasa berjaga dan ronda, mereka cukup pandai.
"Semua sirih itu diletakkan di dalam tong sampah hijau bila polis ronda, selepas itu mereka kembali berniaga seperti biasa.
Kalau rasa teringin nak rasa suasana duduk di Myanmar, datanglah ke Balakong kerana bersepah bermacam-macam jenis warga asing," katanya.
Mengulas lanjut, beliau bimbang berhubung isu keselamatan penduduk setempat yang semakin terancam ekoran lambakan warga asing serta kejadian jenayah yang kerap berlaku di kawasan itu.
Jelasnya, isu itu bukan sekadar masalah peniaga haram atau kebersihan, malah melibatkan keselamatan nyawa dan ketenteraman awam apabila terdapat penduduk tempatan yang pernah menjadi mangsa jenayah berat.
"Kami susah nak rasa selamat sebab banyak kes berlaku di sini. Rasa simpati manusia itu tidak lari, tapi lebih kesian lagi kepada warga tempatan yang pernah kena rompak dan dikejar dengan parang. Selain itu, sikap sesetengah warga asing di sini juga sangat biadab," luahnya lagi.
Penduduk tempatan kini menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta pihak polis agar meningkatkan operasi bersepadu secara berterusan bagi membanteras perniagaan haram dan keberadaan warga asing tanpa izin di kawasan berkenaan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 4:54 pm
Kewujuduan sekolah warga Myanmar kini semakin meluas di Pudu?
September 25, 2026, 4:28 pm
'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil
September 25, 2026, 11:22 am
Pencuri kabel tak gerun buat kerja walau dirakam orang ramai
September 25, 2026, 10:42 am
Tular pelanggan bawa anjing dekat kedai mamak
September 25, 2026, 9:34 am
Warga Ampang terkejut lihat lelaki lengkap berjubah putih solat, bersilat di tengah jalan
September 24, 2026, 4:02 pm
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
September 24, 2026, 2:36 pm
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
September 24, 2026, 11:08 am
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
September 23, 2026, 9:16 pm
