TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua pelajar maut, seorang cedera parah motosikal bertembung Proton Saga di Tambun

By
|
Kongsi
image

IPOH, 2 Oct. – Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Taman Perpaduan Ria, Tambun pagi ini.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun menerima panggilan kecemasan berhubung insiden membabitkan motosikal Yamaha EZ115 dan kereta Proton Saga itu pada jam 7.22 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan bahawa ketiga-tiga pelajar berkenaan berada di atas motosikal sama sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan dua daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa ketiga yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah dan diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) menggunakan pemaangan cervical collar.

Mangsa yang cedera parah berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital terdekat menggunakan ambulans bagi menerima rawatan perubatan susulan.

Mayat dua pelajar yang terkorban diserahkan kepada pegawai bertugas bagi tindakan dan siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang.

Operasi menyelamat yang melibatkan kekuatan tiga anggota bersama sebuah jentera EMRS tamat sepenuhnya pada jam 8.33 pagi.

+ - reset