Berita Berita
Wanita baring tengah jalan raya maut dilanggar kereta di Jambatan Sultan Mahmud
KUALA TERENGGANU, 2 Oct. – Seorang wanita dilanda nasib malang apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta di atas Jambatan Sultan Mahmud awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan penerimaan maklumat berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan seorang pejalan kaki pada jam 2.15 pagi.
Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dipandu dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menghala ke Kampung Gong Sentul, Kuala Berang sebelum terlanggar mangsa yang berada di atas jalan raya.
Pemandu kereta dilaporkan tidak sempat menekan brek atau mengelak berikutan posisi mangsa yang berbaring di tengah laluan serta jarak kenderaan yang terlalu dekat.
Rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa, Ainun Wahab yang berusia 39 tahun maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Azli mengesahkan bahawa mangsa yang terkorban dalam insiden terbabit merupakan seorang pesakit mental.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi proses bedah siasat dan tindakan lanjut mengikut prosedur perundangan.
Siasatan terperinci berhubung punca insiden berkenaan kini dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 2, 2026, 6:32 pm
Pemuda PAS pertahan Mohd Shuhaily, mahu isu kebocoran sempadan diberi keutamaan
October 2, 2026, 6:19 pm
Chean Chung tak aktif aktiviti parti sejak lebih setahun lalu - Anwar
October 2, 2026, 5:39 pm
Mulai 5 Oktober, semua perkhidmatan JPJ menerusi MYEG digantung
October 2, 2026, 5:29 pm
Pecutan ‘Pocket Rocketman’ di selekoh terakhir, Azizulhasni hadiah emas kelapan negara
October 2, 2026, 5:14 pm
MSU melonjak ke kelompok 501–550 universiti terbaik dunia, naik tiga tahun berturut-turut
October 2, 2026, 4:50 pm
Video tular tidak harus padam usaha reformasi Shuhaily – Pemuda MCA
October 2, 2026, 3:17 pm
MCMC semak video AI manipulasi detik duka Tun Dr Mahathir, tindakan undang-undang boleh diambil
October 2, 2026, 2:25 pm
37 hari terputus hubungan di Nepal, seorang daripada 55 rakyat Malaysia akhirnya pulang
October 2, 2026, 1:18 pm
Suri rumah didakwa di mahkamah bunuh ibu kandung terlantar di Menglembu
October 2, 2026, 1:13 pm
