Berita Hiburan
Ali XPDC dijadual jalani prosedur angiogram di IJN hari ini
KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Penyanyi kumpulan rock legenda XPDC, Ali dijadualkan menjalani prosedur angiogram di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 12 tengah hari ini susulan masalah kesihatan yang menyebabkannya dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan, Rabu lalu.
Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh anaknya, Wan Aliuddin Aqiel menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan situasi semasa bapanya kepada orang ramai.
Menurut beliau, penyanyi berusia 58 tahun itu kini sedang berpuasa sebagai persediaan perubatan sebelum prosedur berkenaan dijalankan, sekali gus menyebabkan sesi ziarah terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Sehubungan itu, pihak keluarga memohon orang ramai agar terus mendoakan kelancaran prosedur serta kesembuhan buat bapanya, di samping merakamkan penghargaan atas keprihatinan serta bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak.
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail dikejarkan ke IJN oleh rakannya, Ejay Da'ie pada Rabu lalu selepas tahap kesihatannya dilaporkan merosot selama beberapa hari serta mengalami sesak nafas.
Ejay turut memaklumkan bahawa pelantun lagu Teman itu memerlukan pembedahan jantung segera yang melibatkan kos perubatan yang tinggi dan memohon sumbangan orang ramai bagi membantu menampung perbelanjaan tersebut.
Untuk rekod, Ali pernah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat serangan jantung pada Oktober lalu, selain pernah menerima rawatan menggunakan alat bantuan pernafasan di hospital sama pada penghujung Januari berikutan jangkitan virus dan masalah paru-paru berair sekembalinya daripada mengerjakan umrah. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 20, 2026, 1:06 pm
Haiza lancar single ‘Pencuri’ selepas hampir sedekad tersimpan
November 10, 2026, 4:49 pm
Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah lepas 8 bulan merempat bersama anak-anak
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
