TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Individu pakai 'helmet' dipercayai tabur air kumbahan dalam masjid di Tumpat

By
|
Kongsi
image

TUMPAT 5 OKTOBER - Tular tindakan seorang individu lengkap berpakaian topi keledar dipercayai sedang membuang air kumbahan dalam kawasan masjid di Tumpat baru-baru ini.

Tindakan individu itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kawasan solat masjid tersebut.

Menurut perkongsian Neo Reza di media sosial, individu itu turut memecahkan pintu masuk ke ruang solat sebelum menaburkan air kumbahan di atas karpet ruangan solat.

"Jahat g*la manusia yang sanggup buat macam ini dekat rumah Allah. Dilemparnya air kumbahan najis dalam masjid," katanya.

Perbuatan yang dilakukan individu itu terus membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya umat islam yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

 

+ - reset