Berita Berita
Enam stesen minyak di Perak diperiksa susulan aduan RON95 bercampur air
IPOH, 6 Okt. – Enam stesen minyak di Ipoh, Taiping, dan Kuala Kangsar diperiksa susulan aduan awam berhubung dakwaan petrol RON95 tercemar dengan kandungan air sehingga merosakkan kenderaan pengguna.
Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail mengesahkan pemeriksaan mengejut terbabit dijalankan selepas tular isu berkenaan di platform media sosial.
Pemeriksaan awal menggunakan kaedah celupan manual dan sistem Tolok Tangki Automatik (ATG) bagaimanapun tidak mengesan sebarang kehadiran air dalam tangki penyimpanan bahan api yang diperiksa.
Kamalludin menegaskan keputusan awal berkenaan belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad bagi kes terbabit.
Sampel bahan api daripada tangki penyimpanan serta pam yang terlibat telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis sains secara mendalam.
KPDN tidak akan membuat sebarang kesimpulan awal berhubung dakwaan terbabit sehingga keputusan rasmi makmal diperoleh dan siasatan diselesaikan sepenuhnya.
Prosedur pemeriksaan turut melibatkan pemerhatian fizikal ke atas sistem penyimpanan bahan api dengan membandingkan bacaan rod celup manual dan sistem ATG.
Pegawai penyiasat turut menyemak serta mengumpul rekod penghantaran bahan api, transaksi jualan, dan dokumen berkaitan daripada pengusaha stesen minyak bagi tempoh terbabit.
KPDN akan meneliti laporan analisis makmal bersama keseluruhan hasil siasatan sebelum menentukan sebarang tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang.
Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perundangan yang dikuatkuasakan di bawah kementerian.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau kesimpulan terburu-buru berdasarkan maklumat yang ditularkan di media sosial.
Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, portal e-Aduan, talian bebas tol 1-800-886-800, atau aplikasi Ez ADU KPDN.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 9:54 am
Kerajaan tidak teruskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara
October 7, 2026, 9:51 am
‘Kritiklah kerajaan, tapi jangan serang Anwar, PKR’ – Hassan Karim pesan ‘geng 4’
October 7, 2026, 9:40 am
Jururawat parah ditikam enam kali, suami ditahan selepas serah diri
October 7, 2026, 9:29 am
Sebanyak 33 kawasan catat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan Batu Pahat tertinggi
October 7, 2026, 9:28 am
Dua hari hilang, ‘live location’ bawa rakan temui mangsa maut dalam gaung 100 meter
October 6, 2026, 10:43 pm
521kg dadah dalam jet peribadi dari Malaysia, AKPS buka siasatan dalaman - Mohd Shuhaily
October 6, 2026, 6:29 pm
KPM ambil serius teguran awam berhubung isu keselamatan, kebajikan pelajar
October 6, 2026, 6:15 pm
Putus cinta punca penuntut warga asing serang bekas kekasih, adik di Sentul
October 6, 2026, 6:08 pm
