Berita Berita
Jururawat parah ditikam enam kali, suami ditahan selepas serah diri
KOTA BHARU 7 Okt – Seorang jururawat berusia 44 tahun parah selepas ditikam enam kali oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok, malam kelmarin.
Mangsa mengalami kecederaan tikaman pada bahagian badan dan leher sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menerima rawatan.
Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 47 tahun selepas lelaki berkenaan menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan pihaknya menerima laporan pada malam sama.
“Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. Suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, polis turut merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 9:54 am
Kerajaan tidak teruskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara
October 7, 2026, 9:51 am
‘Kritiklah kerajaan, tapi jangan serang Anwar, PKR’ – Hassan Karim pesan ‘geng 4’
October 7, 2026, 9:29 am
Sebanyak 33 kawasan catat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan Batu Pahat tertinggi
October 7, 2026, 9:28 am
Dua hari hilang, ‘live location’ bawa rakan temui mangsa maut dalam gaung 100 meter
October 6, 2026, 10:43 pm
521kg dadah dalam jet peribadi dari Malaysia, AKPS buka siasatan dalaman - Mohd Shuhaily
October 6, 2026, 6:29 pm
KPM ambil serius teguran awam berhubung isu keselamatan, kebajikan pelajar
October 6, 2026, 6:24 pm
Enam stesen minyak di Perak diperiksa susulan aduan RON95 bercampur air
October 6, 2026, 6:15 pm
Putus cinta punca penuntut warga asing serang bekas kekasih, adik di Sentul
October 6, 2026, 6:08 pm
