TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sebanyak 33 kawasan catat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan Batu Pahat tertinggi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 7 Okt. – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 pagi pada Rabu.

Batu Pahat di Johor merekodkan tahap kualiti udara paling terjejas apabila mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 195.

Data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan yang membimbangkan.

Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan IPU pada paras 188 dan 181.

Kawasan Johan Setia di Selangor turut mencatatkan bacaan 188, manakala Cheras di Kuala Lumpur merekodkan bacaan 186.

Kawasan Putrajaya serta beberapa lokasi di Selangor seperti Shah Alam dan Petaling Jaya masing-masing mencatatkan bacaan 183, 179, dan 174.

Melaka turut terjejas teruk apabila Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka kedua-duanya mencatatkan bacaan IPU 174.

Johor menjadi negeri paling terjejas secara keseluruhan dengan sembilan stesen pemantauan merekodkan bacaan tidak sihat termasuk Segamat (178), Pasir Gudang (172), Tangkak (171), Larkin (165), Pengerang (164), Kota Tinggi (163), dan Kluang (161).

Di Pahang, enam stesen pemantauan merekodkan kualiti udara tidak sihat melibatkan Temerloh (166), Indera Mahkota Kuantan (163), Jerantut (160), Balok Baru Kuantan (158), dan Rompin (157).

Kawasan Kemaman dan Paka di Terengganu turut mencatatkan bacaan tidak sihat yang masing-masing berada pada tahap 156.

Wilayah Borneo dan utara Tanah Air turut terkesan dengan Tawau di Sabah mencatatkan bacaan 154, Tanjung Malim di Perak pada 153, serta Serian di Sarawak pada 152.

Dalam pada itu, sebanyak 32 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana termasuk Kuching (99), Kota Bharu (89), Sungai Petani (78), Seberang Jaya (75), dan Kuala Terengganu (100).

Hanya tiga kawasan sahaja yang merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Kota Kinabalu di Sabah (50), Kangar di Perlis (38), dan Langkawi di Kedah (30).

Mengikut panduan klasifikasi APIMS, bacaan IPU julat 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana dan 0 hingga 50 mewakili tahap baik.

Orang awam terutamanya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan individu berpenyakit pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan serta memakai topeng muka bersesuaian.  — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset