Berita Berita
‘Kritiklah kerajaan, tapi jangan serang Anwar, PKR’ – Hassan Karim pesan ‘geng 4’
KUALA LUMPUR 7 Okt – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa empat bekas pemimpin PKR yang kini bersama Parti Bersama Malaysia (Bersama) supaya menghentikan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.
Hassan yang menggelarkan Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Lee Chean Chung sebagai ‘geng empat’ berkata, tindakan berterusan memperlekeh Anwar dan PKR tidak semestinya memberi keuntungan kepada Bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Sebaliknya, beliau berpandangan keadaan itu boleh memberi manfaat kepada pesaing politik lain termasuk UMNO dan Perikatan Nasional (PN).
“Silakan kritik kerajaan dan dasar yang kamu tidak puas hati, seperti sering saya lakukan. Tetapi terus memperlekeh Anwar dan PKR tidak akan membantu Bersama berkembang,” katanya dalam temu bual dengan FMT.
Menurut Hassan, serangan sedemikian mungkin memberi kesan kepada PKR, namun tidak semestinya diterjemahkan kepada peningkatan sokongan terhadap Bersama.
“Umno dan PN yang akan mendapat keuntungan daripada luahan emosi seperti ini. Pemimpin-pemimpin ini tidak akan berada di kedudukan mereka hari ini jika bukan kerana PKR,” katanya.
Hassan yang sudah mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Pasir Gudang pada PRU16 turut mengingatkan empat bekas pemimpin berkenaan supaya menghargai sumbangan PKR dalam membina kerjaya politik mereka.
Beliau turut mengimbas ketika Rafizi menjadi Ketua PKR Johor, bekas timbalan presiden PKR itu pernah menasihatinya supaya tidak terlalu lantang dalam mengkritik Anwar.
“Rafizi meminta saya supaya tidak terlalu lantang kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Anwar. Whip Parlimen kerajaan perpaduan juga meminta beliau menasihati saya supaya tidak terlalu keras dalam kritikan.
“Saya menerima nasihat itu dengan hati terbuka dan mengelakkan kritikan bersifat peribadi,” katanya.
Dalam pada itu, Hassan menolak dakwaan bahawa PKR adalah ‘parti keluarga Anwar’, sambil menyifatkan parti itu sebagai parti utama dalam kerajaan perpaduan.
Beliau turut mengakui Rafizi mempunyai peranan besar membantu Anwar sebelum ini dan menyifatkannya sebagai seorang yang bijak serta ahli strategi yang hebat.
Mengulas masa depan Bersama pada PRU16, Hassan berpandangan parti itu berpotensi menjadi pemecah undi di beberapa kerusi bandar.
Beliau turut menjangkakan Rafizi mempunyai pengaruh tersendiri di Pandan, manakala bekas pemimpin PKR lain berdepan cabaran di kawasan yang mempunyai ramai penyokong DAP.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 9:54 am
Kerajaan tidak teruskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara
October 7, 2026, 9:40 am
Jururawat parah ditikam enam kali, suami ditahan selepas serah diri
October 7, 2026, 9:29 am
Sebanyak 33 kawasan catat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan Batu Pahat tertinggi
October 7, 2026, 9:28 am
Dua hari hilang, ‘live location’ bawa rakan temui mangsa maut dalam gaung 100 meter
October 6, 2026, 10:43 pm
521kg dadah dalam jet peribadi dari Malaysia, AKPS buka siasatan dalaman - Mohd Shuhaily
October 6, 2026, 6:29 pm
KPM ambil serius teguran awam berhubung isu keselamatan, kebajikan pelajar
October 6, 2026, 6:24 pm
Enam stesen minyak di Perak diperiksa susulan aduan RON95 bercampur air
October 6, 2026, 6:15 pm
Putus cinta punca penuntut warga asing serang bekas kekasih, adik di Sentul
October 6, 2026, 6:08 pm
