TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

521kg dadah dalam jet peribadi dari Malaysia, AKPS buka siasatan dalaman - Mohd Shuhaily

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Okt – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menjalankan siasatan dalaman susulan rampasan 521 kilogram (kg) dadah jenis kristal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Laos.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan pihaknya, namun tidak memperincikan aspek yang sedang diteliti.

Beliau menjelaskan, siasatan berkenaan hanya membabitkan perkara di bawah bidang kuasa AKPS, manakala siasatan berkaitan rampasan dadah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Siasatan dalaman memang dibuat untuk pihak kami.

“Namun perkembangan lanjut berhubung kes ini perlu dirujuk kepada JSJN kerana ia berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan polis Laos merampas 521kg kristal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Seramai 13 individu ditahan berhubung kes berkenaan.

Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper melaporkan, operasi keselamatan dilaksanakan pada 1 Oktober lalu susulan maklumat diterima polis wilayah pada 21 September mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.

 

+ - reset